Monday, March 28, 2011

Bila Harith Buat Abi Terasa Hati..

Kelmarin, waktu tengah duk iron baju-baju abi,kedengaran abi memarahi harith..dengar mcm harith ada buat adik..tapi tak pasti apa yg harith dh buat. Selesai iron baju, saya minta abi potong rambut harith sb arini dah nk g sekolah..Nampak muka abi masam je,ni mesti sb harith tadi. Dalam duk marah tu, abi potong jga rambut harith..sudah harith,turn adik hasif plak..

Sudah mandi, muka abi still masam lg..saya tanya abi, apa yg harith dah buat..abi bgtau harith sepak kereta mainan adik hasif,waktu tu hasif tengah duk main. Pastu bila abi panggil,harith ckp xnak...berulang panggilpun macam tu jga..sebab tu abi marah. Kata abi, itu 1st time harith buat macam tu..biasanya harith buat perangai dengan umi je.

So, sebagai hukuman abi tak bagi buat susu harith. Bila umi minta harith pergi peluk abi, minta maaf..harith menolak. Maka makin marahlah abi...harith dipulaukan. Abi langsung tak cakap ngn harith. Mula-mula harith ok lagi, pastu abi cakap dengan hasif lepas zohor kita keluar..abi,umi dan adik hasif..Terus menangis harith teresak-esak. Waktu ke dapur, harith menghampiri umi,minta dibuatkan susu dengan suara berbisik. "Harith pergilah minta maaf ngn abi,kalau tak abi tak bagi minum susu",pujuk saya. Harith menggeleng-geleng kepala.

Harith masuk ke bilik, teresak-esak menangis melihat abi masih tak layan dia. Bila abi suruh harith turun katil, sebaknya saya rasa...tapi saya tak nak back up harith..biarlah abi hukum harith supaya harith sedar kesalahan dia.

"Harith dah besarkan, tak perlu umi & abi lg",kata abi.Waktu tu harith dah menangis. "Harith tak payah minum susu abi beli, harith beli sendiri", adui...luruh hati saya mendengarnya..menangis saya sambil memeluk hasif yg seakan mahu turut menangis melihat abangnya dimarahi. Waktu harith turun katil sambil menangis2, hasif turut turun kemudian memeluk abangnya...mungkin tak sampai hati membiarkan abangnya sendirian di bawah. Kemudian, melihat badan harith basah, hasif mendapatkan tuala dan mengelap badan abang kesayanganya. Alahai, betapa sayangnya hasif pada kamu, harith....tapi kenapalah harith suka buat adik?...tak nampakkah harith kasih hasif pada harith seakan melebih kasihnya pada umi & abi...

"Dah lah harith buat salah tak minta maaf"...kata abi. Terus harith menghulurkan tangan pada abi.."Datanglah sini",ujar abi. Harith menarik tangan abi dan mencium sambil minta maaf & berjanji tak kan mengulangi kesalahan itu lagi. Kedengaran suara abi sebak dan menangis sambil berkta,"harith ingat abi suka sangat ke nak marah harith kalau harith tak buat salah..harith buat abi sedih"..abi kemudian pergi ke dapur membuat susu untuk harith. Umi memeluk harith yg masih lagi menangis, "harith, abi marah harith sebab abi sayang harith...abi nak harith jadi budak baik..harith marah abi ke?"..."tak",jawab harith.

Abi kemudian memberikan harith susu dan memeluk harith ..."harith buat abi gitu, abi terasa hati lah..abi sedih", tersentuh umi mendengar kata-kata abi. Umi tahu abi pun sebenarnya sedih nak marah2 harith..tapi umi ingat kata-kata abi dlu,"semua orang sayang anak, tapi kita sayang anak, biar dalam hati je..jangan tunjuk sangat".

Bangun je dari tidur, petang kelmarin...harith tersentum sambil berkata, "harith tak nak buat adik lagi'. Kemudian harith peluk abi yg masih tidur dan mencium pipi abi sambil bertanya,"kenapa abi marah harith?"..jawab abi, "sebab harith buat adik"..harith,"tapi harith tak buat adik, harith buat kereta". Abi, "yelah, kan adik tengah main. Kalau harith tengah main,adik kacau..harith marah tak?", harith jawab ,"marah". "Macam tu lah adik rasa, cuma adik tak bgtau sebab adik tak boleh cakap lagi. Adik kan istimewa",ujar abi.

Semoga lepas ni harith tak buat adik lagi dan akan selalu sayang adik hasif sepertimana adik hasif sayang harith..

6 comments:

  1. Huhuhu..saya plak yang sebak baca.
    Biasalah budak2 kan?Kadang2 saja buat kita marah sebab nakkan lebih perhatian.Saya dapat rasakan sayangnya hasif pada abangnya.Teringat kakak dan aisya di rumah :)

    ReplyDelete
  2. k.ayu,tu ar...bdak2 kn,kadang2 mmg saje buat kita marah...nampak kakakpun mcm sgt sygkan aisya ;)

    ReplyDelete
  3. ada ketika nya...masa dan keadaan seperti 'menekan' perasaan.....bukan kerana sudah hilangnya suatu pertimbangan.....mahupun sudah berkurangnya.....nilaian suatu kasih sayang.....namun kerana suatu hakikat.... kelemahan....serta kekurangan makhluk yang bernama manusia.....

    dalam kembara ke alam abadi.....meski di 'persinggahan' ini....ujian kan tetap berputar mengikut apa yang ditentukan oleh Penentu....Pemilik....

    namun tetap jua mengharapkan.....agar tiap hati yang teruji dan diuji....akan sentiasa diberikan kekuatan....diberikan panduan serta petunjuk daripada yang Maha Mengetahui....dalam menuju redha Ilahi....

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

    wallahu'alam...

    ReplyDelete
  4. insan kerdil~terima kasih atas comment....sangat hargai jga kerna bertandang ke sni...insyaALlah,smua Allah memberi kita smua kekuatan dlm menghadapi setiap ujian dan menjaga amanah Allah

    ReplyDelete
  5. akak pun nak nangis.... Allah yang tahu perasaan kita ni iaitu mak-mak yang ada anak istimewa ni

    ReplyDelete
  6. kak,insyaAllah Allah permudahkan urusan kita smua...iya,hanya Allah yg tahu perasaan kita dan Allah menguji sb Dia mahu kita sentiasa dekat ngn NYA...

    ReplyDelete