Saturday, March 12, 2011

Temujanji Fisio

Rabu lepas kami ada temujanji fisio hasif...sengaja memilih hari rabu sb abi xde klas so bolehlah teman kami ke htaa..boleh umi tunggu je di hospital, tak perlu pulang ke rumah menjemput hasif dan kembali ke kuantan.
Namun apakan daya, abi ada meeting untuk buat soalan exam students...xpelah,umi ngan hasif jelah yg pergi.
Pkul 330 umi keluar ofis utk menjemput hasif di rumah pengasuh..waktu tu harith & hasif tgah tidur,trus ambil hasif ke kereta. Mujur harith tidur,xperlu nk terangkan mengapa umi xbawa harith sama..

antara aktiviti hasif

abang & kakak yg suka melayan hasif ;)
Menurut therapist, perkembangan hasif bagus...xde delay sgt drpd kanak-kanak seusianya..alhamdulillah. Cuma untuk speech, hasif lambat sikit tapi masih belum di refer ke speech therapy (mujurlah kami telah set appointment dgn uia). 

Kata therapist,hasif dh nampak stabil berjalan,xde lg bukaan besar seperti sebelum ini. Hasif juga sdah boleh berjalan mengundur ke belakang yang menurut beliau menunjukkan hasif sudah pandai mengimbangi badan. Kerna kalau berjalan ke depan mungkin disebabkan faktor mata yang melihat keadaan di hadapan.

Menurut beliau lg, hasif perlu latihan tangan untuk stimulate jari-jari dia. Bagi umi penglihatan dan sense jari dia agak baik sb umi selalu jga letakkan kismis,vitamin atas tapak tangan dan hasif boleh mengambilnya dengan cepat sekali. Tapi memandangkan therapist mencadangkan umi belikan mainan yg boleh stimulate jari-jari hasif,mngkin lpas ni umi akan cuba dapatkan. Bukan xnk beli cuma smpai skrg umi masih belum jumpa yg sesuai. Nampaknya kena buat misi mencari mainan hasif la nnti..hehe

Katanya,stimulate jari-jemari penting supaya nnti senang untuk melakukan aktiviti-aktiviti yg menggunakan tangan seperti pakai butang baju.

Kebetulan waktu latihan tu ada seorang abang pelatih, suka melayan hasif ni. Bila agak lama lakukan aktiviti, hasif dah agak boring. Hasif ke pintu dan melambai-lambai tangan pada abang ni, membebel-bebel..sambil tunjuk ke arah pintu. Bila lambat abang bg respon terus dia tarik tombol pintu. Ketawa kami melihat gelagat hasif ni. Macam-macam lagilah gelagat hasif yg buat bilik tu riuh rendah dengan gelak ketawa kami...hehehe

Apapun best dapat bawa hasif g terapi tp masa sejam tu rsa mcm kejap sgt. Sehingga berjumpa di bulan hadapan

2 comments: