Saturday, March 12, 2011

Ulangtahun Kelahiran Umi...

Hari ni genaplah 29 tahun umi berada di atas muka bumi Allah ini...menikmati segala nikmat yg kesemuanya milik Dia Yang Maha Esa. Terasa begitu pantas masa berlalu, tahun ini merupakan tahun terakhir sebelum usia mencecah ke 30an. Betapa sedikit tua diri ini.

Hari ini abi harus ke pejabat memandangkan hari ini diumum sebagai hari bekerja atas sebab PM nak datang melawat. Pagi tadi, selesai saya menggosok baju abi, abi datang mendapatkan umi, "happy birthday syg..mlm ni xpayah msakla..kita mkn kat luar ya"...sungguh membuatkan hati saya tersentuh. Saya hanya menggeleng-geleng kepala..

Sangka saya abi dah x ingat...dlu hubby saya susah nak ingat birthday-bithday ni. Namun bagi saya dan keluarga, birthday sesuatu yang amat bermakna dan kami sekeluarga tak pernah lupa bithday masing-masing. Apa salahnya meraikan setahun sekali bersama yg tersayang. Dulu pernah jga saya merajuk sb en hubby lupa nak wish birthday..teruknya saya..hehe..Skrg saya xde lah nk merajuk kalu pn en hubby lupa birthday saya,tapi of course lah saya tetap akan rsa sedih..

Setakat ni saya xpernah lg lupa birthday suami & anak-anak. Paling tidak pasti ada kek buat mereka sb saya nak buat mereka rasa dihargai sebab merekalah orang-orang terpenting dalam hidup saya. Tahun lalu, hubby ada buat kejutan di birthday saya..keluar senyap-senyap dengan harith dan pulang dengan kek yg sungguh comel. Benar-benar membuat hati sy tersentuh dan sampai mati saya akan ingat peristiwa tu. Thanks abi.

birthday cake tahun lpas

Alhamdulillah kerna Allah masih panjangkan umur saya. smoga saya masih boleh terus bernafas untuk melihat anak-anak saya membesar terutama anak istimewa saya, hasif.
Semoga saya boleh menjadi isteri yang solehah kepada suami saya, ibu yang terbaik buat harith & harith dan anak yg baik yg boleh mendoakan kedua ibu bapa saya. Amin

6 comments:

  1. dalam menyusuri perjalanan kehidupan....yang pasti nya menghidangkan serba ketidakpastian....ketidaktentuan....namun kan tetap terselit rahmat-Nya di sana sini.....pada yang memilih untuk bersabar....dan redha dengan tiap ketentuan-Nya....dan mensyukuri pada tiap nikmat kurniaan daripada Ilahi.....

    selamat hari lahir (belated birthday)....semoga Allah permudahkan urusan dunia akhirat....buat tiap hati yang teruji dan diuji...

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

    wallahu'alam...

    ReplyDelete
  2. happy belated birthday Wan.. sori lmbt wish, br je lapang sket, dpt blogwalking ari ni.. Smg pjg umur, sihat selalu spy dpt jaga harithhasif baik2..

    ReplyDelete
  3. dear insan kerdil & k.azma~terima kasih atas ucapan & doa yg dikirim...doa yg terbaik jga buat kalian ;)

    ReplyDelete
  4. Happy Belated Birthday.Semoga panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan segalanya.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. thanks k.ayu,wan doakan yg terbaik jga buat k.ayu sekeluarga

    ReplyDelete