Wednesday, April 6, 2011

Adik nak masuk blk dlm perut umi?

Malam kelmarin seawal jam 8, harith & hasif menunjukkan muka mengantuk. Tapi jam 9 nnti ada cerita polis di tv, suka sgt harith tgok cerita polis. Paginya pun umi dah pujuk harith jangan nangis2 kat sekolah sebab malam nanti boleh tengok cerita polis. Oleh sebab kesian kat harith yang hari-hari duk tunggu nak tgok cerita polis, kami bagi peluanglah dia menonton sementara umi dan abi mendodoikan hasif. Tapi hasif masih lagi nak main mungkin sebab abang harith tak tidur sama-sama. Tengah kami duk main-main ngn hasif, abi bersuara..

abi:  adik nak masuk balik dalam perut umi ke? gi lah masuk,pastu ckupkan kromosom (ada nada bergurau di situ)
umi: ish, abi ni...xpelah dik,kromosom adik lebih satu je...Allah nak uji  umi & abi,boleh tak kita sayang hasif  dlm keadaan adik mcm ni

*teringat kembali kata-kata doktor kat nihon dulu.."biasanya anak2 mcm hasif ni xblh nak survive untuk dilahirkan...tapi hasif kuat semangat sebab dia ada parents macam both of you, dan dia ada abang macam harith"...lebih kurang gitulah maknanya...

Semakin lama mengenali anak istimewa ini, semakin umi akui bahawa, "nothing i can see inside this child except LOVE".

No comments:

Post a Comment