Thursday, April 7, 2011

Mudah-mudahan Ada Rezeki Kami Di Situ

Hari Sabtu yang lalu, abi kena pergi pejabat atas urusan kerja, dan abi nak bawa kitaorang ikut sekali. Kata abi, mungkin sejam dua je. So saya pikir bolehla bawa harith & hasif g bandar Pekan sementara menunggu abi. Sementara menunggu abi, saya ajak anak2 naik kereta...kami ke Pekan. Kemudian kami kembali ke UMP, pergi lunch sama-sama ngn abi then abi sambung buat kerja,sementara kami tiga beranak stay di surau. Pukul 5 lebih bru kami pulang ke rumah, kepenatan seharian kami di sana.

Hari Isnin nya, saya teringat seorang kakak ni..2,3 bulan yg lepas dia ada call sy tanya sama ada saya berminat nak ganti tempat dia, jaga branch di Pekan memandangkan dia nk berenti sebab dapat keje government. Masa tu saya berminat jga tapi lepas tanya abi, abi suruh stay di kuantan..tempat skrg. So saya lupakan hasrat nak pindah ke Pekan. Entah mengapa hati tergerak untuk hubungi dan tnya akak tu sama ada pejabat lama dia dah ada pengganti ke blum. Dia kata xsure sebab lama dah xcontact ofis lama, tanya sama ada sama minat ke nak ke Pekan. Saya kata takdelah, sekadar bertanya.

Petang tu, waktu abi pulang ke rumah...dia maklumkan ada kawannya offer untuk jadi warden kat kampus UMP. Sebenarnya 2,3 bulan sebelum tu pun dia ada suarakan pada abi supaya memohon untuk jadi warden namum abi ingat cuma suatu gurauan. Namum, hari itu juga kata abi kawannya bersungguh-sungguh minta sbi apply dan yakin akan dapat kerna mendapat sokongan daripada beliau sendiri selaku pengetua kolej. Bila abi cerita tu, saya bagitau kebetulan pula pagi tadi tergerak hati saya untuk bertanyakan kerja di Pekan.

Esoknya, saya try call ofis di Pekan dan jawatan tu masih kosong dan perlu diisi segera. Kelmarin, di awal pagi saya mendapat penggilan daripada ofis tersebut yang menyarankan saya untuk menghantar resume dengan segera. Saya bagitau yang saya masih sedang pertimbangkan perkara ini dengan suami.

Kalau abi dapat jadi warden pun dalam bulan 7 atau 9. Kalau saya memohon sekarang, bermakna saya harus ulang alik dari rumah sekarang ke pekan..40km lebih. Namun kalau saya tunggu dulu, bagimana kalau ada orang yang berminat dan bertindak lebih cepat daripada saya?. oh,sungguh saya bingung..Apapun, saya serahkan semuanya pada Allah jika benar itu rezeki saya..

Sebenarnya saya suka juga tinggal di Kuantan, segalanya mudah di sini terutama senang untuk membawa hasif follow up di hospital, menghadiri fisio dan speech therapy. Malam kelmarin juga, kami dimaklumkan loan dengan Maybank untuk rumah kami nanti sudahpun diluluskan. Alhamdulillah. Rumah kami dijangka siap pertengahan tahun depan. Saya juga suka tempat kerja saya sekarang namun saya ingin mencuba sesuatu yang baru dan lagi banyak belajar kerna perjalanan saya masih jauh, insyaAllah.

Sekiranya kami tinggal rumah warden nanti, kami dan boleh save kira RM 900...iaitu sewa rumah, minyak kereta abi, bil air api, internet dan imbuhan RM 200. Dah cukup untuk bayar loan rumah nanti. Satu lagi kebaikannya, memandangkan sebab utama abi disyorkan untuk menjadi fellow ialah supaya nanti abi boleh bagi ceramah di surau asrama nanti. So, bolehlah abi menambah ilmu untuk diri sendiri sebelum bagi ceramah pada orang lain. Selain itu, abi nanti berpeluanglah solat berjemaah di surau sebagaimana hasrat kami sebelum ini untuk mencari rumah berhampiran surau/masjid untuk memudahkan kami untuk solat berjemaah.

Cuma masalah utamanya ialah  kami perlu mencari tempat untuk hasif sama ada pengasuh atau taska. Untuk harith rasanya xde masalah sebab pastinya ada tadika di sana. Saya sememangnya sudah selesa dengan pengasuh hasif sekarang yang menjaga hasif dengan baik sekali. Bukan senang untuk mencari pengasuh yang baru terutama yang betul-betul ikhlas untuk menjaga anak istimewa seperti hasif.

Apapun saya masih sedang pertimbangkan perkara ini dan doa saya mudah-mudahan Allah beri kami petunjuk..dan semoga Allah permudahkan segala urusan kami jika ini yang terbaik buat kami sekeluarga..amin..



2 comments:

  1. Semoga apa yg dipilih adalah yg terbaik & semoga semuanya dipermudahkan, insyaAllah..

    ReplyDelete