Friday, April 22, 2011

Temujanji dgn Pakar Kanak-Kanak

Sudah lama tak membuat entry baru di blog ni..Kelmarin saya membawa hasif untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak sepertimana temujanji yang sudah dibuat 6 bulan lepas. Mujur harith sudah betah di sekolah,pagi semalam dihantar abi memandangkan saya menyiapkan hasif untuk ke hospital. Sampai di htaa lebih kurang jam 930,awal sejam dr temujanji yang sepatutnya jam 1030...mujur tidak perlu menunggu terlalu lama memandangkan orang jga tak terlalu ramai sperti biasanya. Sampai di sana, hasif di sapa auntie ain..yang membawa adik qaisah yang berumur 4bulan jga DS. Sementara menuggu nombor giliran dipanggil, kami sempat bersembang2 bertukar-tukar cerita. Kemudian datang pulang adik syifa yang sungguh comel berumur 1tahun setengah, anak kepada auntie ili..Kami sempat bertukar-tukar cerita sebelum menunggu tiba giliran. Setelah selesai berjumpa doktor, saya mendapatkan kak ain & kak ili dan kami bertukar-tukar nombor telefon. Mudah-mudahan ada rezeki untuk berjumpa mereka di lain masa.

Tentang hasif pula, alhamdulillah semuanya baik-baik dan doktor merujuk hasif untuk menjalani speech therapy. Doktor ada memberitahu saya bahawa sedikit susah untuk anak-anak DS mengikuti speech therapy. Katanya IQ anak2 DS paling tinggi adalah 80% dan ini menyukarkan mereka bercakap seperti kanak-kanak lain. Doktor seakan bermaksud supaya saya tidak terlalu berharap hasif akan mempunyai communication level seperti kanak-kanak normal. Namum jauh di sudut hati saya menidakkan kata-kata doktor dan menaruh harapan supaya anak comel saya itu akan mampu berkomunikasi dengan baik suatu hari nanti. Bukan saya lebih pandai daripada doktor tapi biarkan saya sentiasa berfikiran positif sebelum menyerah kalah. Tiada yang boleh melawan kehendak Allah Yang Maha Esa dan teringat saya kepada firman Allah yang berbunyi "berdoalah kamu, nescaya aku akan perkenankannya"..Jadi, selagi nyawa dikandung badan, saya akan terus berdoa yang terbaik untuk buah hati saya. Dan untuk saat ini, saya akan terus berdoa agar hasif akan mampu bercakap seperti anak-anak seusianya. Selama 2tahun 3 bulan ini, saya sudah mendengar hasif menyebut mama, baba,abang....tapi saya masih menunggu permata hati saya ini memanggil saya 'umi'...Mudah-mudahan Allah akan perkenankan doa saya suatu hari nanti..kalau bukan sekarang,mungkin di syurga milikNYA..amin...

Tengahari tadi, saya mendapat panggilan telefon daripada pihak hospital...memaklumkan result anak saya telah keluar.Sangka saya mereka tersilap orang. Rupanya betul, mengenai result ujian tyroid hasif yang dibuat bulan Mei 2010..hampir setahun lalu...hampir saya terlupa...Memaklumkan result menunjukkan bacaan tahap tyroid hasif agak tinggi dan meminta saya membawa hasif ke hospital minggu depan untuk membuat ujian sekali lagi. Memandangkan ujian yang dibuat setahun lalu yang agak lama memungkinkan bacaan tyroidnya turun ataupun semakin tinggi. Mudah-mudahan untuk ujian minggu depan, ada penurunan, insyaAllah.

4 comments:

  1. Betul kata wan itu..biar apa pun pendapat doktor jgn kita menyerah kalah. teruskan usaha, bw abg hasif ke speech therapist, selalu berkomunikasi dgn dia..insyaAllah.. Ramai anak2 SD yang dididik dgn baik boleh bertutur dgn baik.. Good luck utk Wan (utk akak jugak.. :))

    ReplyDelete
  2. ya k.azma kn...rmai anak2 SD yg boleh communicate dgn baik jika dididik dgn btul kn..mudah2an anak2 kita boleh,insyaAllah...apa yg penting kita sentiasa brfikiran positif...sama2 kita usaha & doa..selebihnya kita sandaran harapan kpdNYA..

    ReplyDelete
  3. assalam wan..ada juga nma kak ain n bby qaisah kt situ..insyaallah kita kekalkn silatulrahim ini..hujung may ni qaisah nk jmpa pakar telinga, june nanti pakar mata pulak..awal may baru ni kena ambil darah qaisah, nak 4 btl tu pulak tu..dpt ambil 3 je sbb darah tak keluar dan urat pun susah nmpak..jadinya nanti nak kena pergi lagi tuk yg 1btl lagi tu..ermm kesian tngok qaisah..hari yg sama juga kena buat xray..dalam bilik xray dia menjerit sakan mcm kena cucuk..time cucuk ambil darah tak nangis mcm tu pun..alhamdulillah setakat ni dia memang sihat cuma ada selsema sikit..kak ain nak beri susu badan tapi sayangnya dah kekeringan..sempat sebulan lebih aje..ok nanti insyaallah kak ain sambung lagi ya wan..salam sayang buat hasif, semoga sentiasa sihat..amin..wasalam ~ KAK AIN

    ReplyDelete
  4. wsalam k.ain...thanks sudi dtg ke blog wan yg xseberapa ni..sehari lpas jmpa k.ain aritu,nurse call bgtau kna g lg mnggu dpan tuk ambil darah..ujian tiroid..geram pn ada diaorg xterus ambil time g aritu..result sethun lpas br jmpa,tupun sb doc tnya...adui la..separuh hari plkla wan ngn hasif kat hosptal..hehe...wah,byknya qaisah kna ambil drah,smpai 4 botol...hrp qaisah ok..ok k.ain smbung lagi lain kali..salam syg buat qaisah..bye2..wsalam

    ReplyDelete