Wednesday, June 29, 2011

Mimpi ke Tanah Suci

Malam kelmarin, saya mimpi ke Tanah Suci Mekah...mimpi kali ke-2. Sebelum ini, pernah juga mimpi tapi mimpi baru nak berangkat tapi ni saya mimpi dah berada di sana. Mimpi saya dan abi sedang berada di tanah suci. Gembira sangat rasa, bangun-bangun dah subuh. Selesai solat subuh, saya bagitau abi tentang mimpi saya, tersenyum je dia.

InsyaAllah tahun ni, mama dan abah akan ke tanah suci,mungkin berangkat selepas raya nanti. Ada juga bincang ngn abi, ingat nak pergi umrah tapi abi cadang simpan duit untuk haji terus. Tapi saya teringin nak pergi umrah dlu, tengok suasana macamana baru pergi lagi sekali untuk haji kemudian nanti. Barulah lebih bersedia. Maklumlah, pergi haji, ilmu kena ada...pendapat saya lah. Nampaknya kena berbincang ngn abi lah nanti...apapun, smoga Allah permudahkan jalan dan impian untuk ke tanah suci akan tercapai suatu hari nanti. InsyaAllah.

1 comment:

  1. Insyaallah..mungkin tu petunjuk xlama lagi bakal ke sana tuh..aminn..
    Semoga dipermudahkan setiap haluan dan jalan untuk ke sana.

    ReplyDelete