Monday, March 28, 2011

1st Day Harith ke Tadika

Saya dan abi baru saje selesai mendaftar harith ke tadika pagi ini....harith skrg berumur 3tahun 4 bln tapi kalau ikut tahun kira 4 tahunlah (lahir Nov 2007)..abi lah paling bersemangat dan gembira untuk menghantar harith ke tadika...pkul 7 lebih tadi,abi kejutkan harith bangun tidur,pujuk harith untuk mandi, pakaikan baju,sikatkan rambut...pendek kata,abi yg menguruskan harith untuk ke tadika arini..umi hanya menyiapkan beg untuk dibawa bersama..Kemudian kami sama-sama hantar harith ke tadika...menangis2 juga harith sebaik kami meninggalkannya...aduhai..mujurlah ini kali ketiga umi menghadapi situasi ni, kali pertama..waktu hantar harith ke sekolah di japan,kedua..waktu hantar harith ke taska yg pergi hanya untuk dua hari...syukur waktu ke rumah kak sal (ibu pengasuh)..harith langsung tak menangis..Kalaulah ini kali pertama umi berdepan dengan keadaan sebegini, pasti umi juga turut menangis mendengar buah hati umi menangis...

Saya berkira-kira untuk menghantar harith ke tadika sewaktu pengasuh harith &hasif cuti tempoh hari. Saya bawa mereka ronda-ronda sekitar kawasan perumahan kami di mana mulanya kami temui Taska Kemas (Program Permata)..tapi kata cikgu,taska dah penuh..tapi kalau ada kekosongan, dia akan hubungi petang itu. Kemudian saya ternampak tadika smartreader..saya terus menghubungi cikgunya..Rupanya, ada satu lg tadika smartreader berdekatan dengan rumah kami.

Minggu lepas cikgu kemas temph hari menghubungi saya,memaklumkan ada 1 kekosongan untuk harith bermula bulan April. Tapi waktu tu, hati saya sudah tertarik dengan tadika smartreader yang juga berkonsepkan Islamic School di mana pada waktu tengahari, harith nanti akan turut belajar Iqra dan surah-surah pendek. Waktu ke sana untuk membuat pendaftaran, gembira saya melihat anak-anak seusia 3,4 tahun membaca doa dan diikuti surah-surah lazim. Mudah-mudahan harith nanti boleh membaca dan mengaji al-quran...insyaAllah...

Sememangnya saya gembira harith sudah ke sekolah,cuma sedikit sedih memikirkan hasif keseorangan tanpa abang kesayangan di rumah pengasuh. Mujurlah waktu pagi, ada abang hanif (anak pengasuh) yang bersekolah petang. Taklah nanti hasif kesunyian.

Semalam hati saya tiba-tiba rasa hiba mendengar perbualan abi dengan harith. Kata abi yang memujuk hartih ke sekolah, "harith kenalah pergi sekolah...nanti balik ajar adik. Sian adik,adikpun nak gi sekolah juga....cuma adik kecil lagi..adikkan istimewa"...

Kesian hasif..kalau diberi pilihan,saya pasti hasif juga mahu ke sekolah seperti abang..Takpelah dik, nanti adik besar sikit, umi abi hantar adik pergi sekolah pulak. Ada juga saya bertanya taska untuk hasif, yuran agak mahal sikit..RM 300 sebulan.

Semalam, selepas solat maghrib, saya mengajak harith mengaji...seperti biasa hasif lebih fokus daripada abangnya..setia didepan saya,sambil mulut berbunyi seakan2 mengikut saya mengaji. Habis al-fatihah, harith keluar menonton tv..hasif masih memegang buku hafazan...sambil memerhati saya mengaji. Kemudian, hasif keluar mendapatkan abang harith..menarik tangan abang supaya masuk mengaji...sambil mulut membebel-bebel seakan memarahi abang harith yg cuma mengaji sebentar.. Hahaha...Sungguh kelakarlah hasif ni...

Sebelum tidur semalam, kami buat aktiviti melukis..harith dan hasif masing-masing diberikan kertas dan pensil. Harith meminta saya yang melukis manakala hasif menconteng-conteng di kertas dengan muka yang excited sekali. sampai terbongkok2 belakang duk menconteng...hehehe

Semoga harith baik-baik saja di tadika dan begitu juga dengan adik hasif di rumah pengasuh. Nanti malam ni,kita buat aktiviti lagi. Mudah-mudahan harith akan terus ke tadika dan tak minta untuk balik tinggal di rumah pengasuh...

7 comments:

  1. wah bagusnya hasif tarik tangan abang suruh mengaji...hasif sayang abang sungguh ni ..comeyja kan, bila noli bayang apa ayang kak wan tulis tu...

    untuk harith, semoga seronok belajar di sekolah...nanti bila haikal balik malaysia boleh haikal join pasti sama ngan harith

    ReplyDelete
  2. noli,hasif ni mmg nmpk sungguh syg kat abang..harith je kadang2 buat hasif jgak..
    td,time duk pujuk harith g sek,sebut jga haikal dh pandai sb g sek...nnti haikal blk,leh sek sama2 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saya thu dmana taska atau tempt asuhn ank istimewa dkawasan balok atau brserah..

      Delete
    2. boleh saya thu dmana taska atau tempt asuhn ank istimewa dkawasan balok atau brserah..

      Delete
  3. awalnya harith ke sekolah. tak pe la, mudah2an kelak dia mampu memberi tunjuk ajar buat si adik,kan? anak ke sekolah, selalunya ibu bapa yg excited...hehe.saya juga rasa apa yg awak rasakan. tapi, saya tak daya lagi nak sekolahkan anak seawal usia itu.... :-)

    ReplyDelete
  4. Salam..
    Terjumpa blog ni dari blog fith.. Nak tnya.. U dok kat kuantan ke? I nak suggest 1 taska untuk anak istimewa.. Very good, die apply doman method. Pengasas die ni kakak pada dato dr noorlaily dato abu bakar, yang very close to doman himself.. I pernah hantar anak kat situ.. Mmg puas hati.. Taska tok sira, dekat jalan teluk sisek, near pasaraya pantai selamat

    ReplyDelete
  5. k.fiza,terfikir nk sekolahkn harith sb nmpk dia cam boring duk umh pengasuh..nk antar taska,dia lbh suka bdak2 bsar..tu yg decided antar tadika terus...blh bca doa2 pendek pn ok dh..hehe..

    salam ibu sofea,haah..kami di tanjung lumpur,kerja kt kuantan..thanks for the info,jln ke TC ke?dlu prnah cari school area situ tuk yg sulung,cuma trsa jauh skit nk patah blk ke jln tun ismail..tp kalau btul bagus,blh msuk list tuk hasif nnti..hehe..

    ReplyDelete