Thursday, January 6, 2011

Cerita Tahun Baru

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru ...dah masuk tahun 2011.Tiada apa-apa sambutan yang special di malam tahun baru...kami sekeluarga hanya di rumah meluangkan masa bersama. Tahun baru sangat sinonim dengan azam baru...dan bagi saya azam tahun ini adalah untuk memperbaiki & melaksanakan azam tahun lepas yang masih belum disempurnakan.InsyaAllah. Apa yang pasti saya ingin menjadi orang yang lebih baik. Amin.

Tanggal 3hb yang lalu, saya mengambil cuti  memandangkan pengasuh ingin mendaftar anak masuk tahun 1 ke sekolah. Saya mengambil kesempatan untuk mendaftar harith ke taska. Setibanya di taska, harith agak excited, bermacam soalan diajukan kepada teachernya. Saya dikenakan registration fee sebanyak RM50 dan mengambil pakej daily basis iaitu RM25 sehari sebagai percubaan dan jika berhasrat untuk meneruskan, ia akan di convert menjadi yuran bulanan sebanyak RM 250. Selesai mendaftar, saya ke kereta diekori harith dari belakang. Menangis sebentar tatkala ditinggalkan dan selepas itu dia ok menurut teachernya.

Esoknya saya harus ke Pejabat Tanah Kemaman, ditemani abi yang keberatan melepaskan saya memandu sendirian. Terima kasih banyak2 my dear. Pagi itu, selepas menghantar hasif ke rumah pengasuh, kami menghantar harith ke taska. Sedikitpn harith tak menangis,mungkin gembira melihat kawan-kawan menyambut kedatangannya di muka pintu. Petangnya, saya menjemput harith. Menurut cikgunya, harith tak nak makan. Puas dipujuk, harith memberi alasan sudah makan nasi ayam di rumah. Padahal dari pagi saya tak menyediakan apa-apa makanan untuk harith. Entah bila la saya sediakan nasi berlauk ayam, saya pun dah lupa..haha..harith harith.

Malamnya sewaktun ditanya abi, sama ada mau ke sekolah atau ke rumah pengasuh, harith memilih untuk ke rumah pengasuh. Puas bertanya, jawapannya tetap sama. Esoknya, harith kembali ke rumah pengasuh. Arini juga harith tak mau ke sekolah. Nampak gayanya harith lebih selesa berada di rumah pengasuh bersama-sama adik hasif. Takpelah harith, umi dan abi tak memaksa. Mungkin harith belum bersedia untuk ke sekolah lagi. Mungkin juga harith kesian nak tinggal adik hasif sorang-sorang kat rumah pengasuh. Mudah-mudahan harith akan selalu sayang pada adik hasif.

Adik hasif pula, alhamdulillah dah boleh berjalan. Cepatnya semuanya berlalu sampai kami tak sedar yang adik hasif dah pandai berjalan. Sekarang sejak 'dapat kaki' ni asyik nak jalan je kerjanya...hehe.

adik hasif nak ikut

gambar dolu-dolu g school

3 comments:

  1. Sayangnya abang nak tinggalkan adik yer :) Jadi abang yng baik yer harith.Jaga adik baik-baik.
    Wahh..hasif dah blh berjalan?tentu seronok mengejar.Bilalah turn aisya nak berjalan nih.xsabar nak tunggu.

    ReplyDelete
  2. harithabang hasif pun dah pandai jalan ye.. meh la jalan2 ngan adik hasif.. nanti kita lumba lari plak nak?? :)

    mgkin betul harith x ready lg agaknya..

    ReplyDelete
  3. ibuaisa~ smoga aisya pn cpat2 boleh jalan. doa kami yang terbaik tuk aisya

    k.azma~alhamdulillah kak, hasif dh boleh jalan.jom adik hasif dtg umah main lumba lari ngn abg hasif ;)

    ReplyDelete