Friday, January 7, 2011

Jom jadi parents yang supportive

Sedikit perkongsian ilmu tentang pembacaan saya semalam mengenai kenyatan bahawa ibu bapa merupakan pembunuh no. 1 potensi anak. Mungkin ada yang terkejut tetapi mungkin ada kebenarannya. Mari kita fikirkan perkara ini sedalam-dalamnya.

Ingin saya berkongsi cerita Dr. Ari Ginanjar,pengajar Spiritual Parenting tentang anaknya, Esqi. Suatu hari bila dia pulang ke rumah, dia melihat Esqi sedang melemparkan tisu sehelai demi sehelai dari atas ke bawah. Bila ditanya apa yang sedang dibuatnya, si kecil Esqi menjawab, "Ini salji pak, Esqi ingin melihat salji".

Jika perkara ini dilakukan oleh anak kita, apa agaknya tindakan kita selaku ibu bapa? Adakah kita akan bertanya atau terus memarahi? Menurut pakar Spiritual Parenting itu, ibu bapa perlu cekap mengawal perasaan, perkataan dan tindakan. Maka hati yang hendak marah melihat pembaziran berlaku memandangkan tisu dibeli dengan wang dan bukan untuk dibuang-buang, ditukarkan kepada tindakan yang lebih maju dan penuh kasih sayang.

Dalam situasi itu, Dr Ari Ginanjar memberikan sekotak lagi tisu agar Esqi dapat terus menjana mindanya untuk melihat salji. Yang difikirkan pada waktu itu bukan suatu pembaziran tetapi satu perkembangan potensi spiritual dan mental anak tersebut. Yang membuang itu sememangnya tangannya tetapi yang sedang menjana itu fikirannya.

Bayangkan anak sekecil itu mampu memikir dan mahu melihat salji. Mungkin kerana optimisnya sikat Esqi itu dia suatu hari nanti dia mampu menjejak salji? Memang benar, tahun kemudiannya, Esqi berjaya memijak salji sewaktu berada di sebuah puncak di Australia.


sekadar gambar hiasan ~harith~

gambar hiasan ~abi & hasif~

Berbalik kepada cerita Esqi yang membuang tisu tadi, cuba kita bayangkan jika saat itu, dia dimarahi oleh bapanya, "kenapa kamu buang tisu ini? Kamu ingat ini percuma?" lalu tisu itu kemudiannya dirampas dan anak itu dimarahi dan dipukul.

Tahukah kita apa yang akan terjadi? Telah terbukti bahawa anak yang sering dimarahi atau ditegah akan terencat perkembangan saraf-saraf seninya.Saraf-saraf akan terbantut lau jadikan anak yang mundur, tidak berimaginatif, penakut, tidak selamat dan pelbagai lagi minda negatif yang akan berlaku. Mujurlah Esqi memiliki bapa yang sangat positif. Namum bagaimana kita bagaimana pula.

Semalam, sewaktu kami bersiap-siap untuk tidur...harith memegang syringe (picagari) ubat adik hasif...saya hanya membiarkan tindakannya dan hanya memerhati. Teringat cerita yang saya baca semalam. Kemudian saya bertanya pada harith, "harith buat apa?" harith menjawab, "harith nak bagi ubat kat adik (sambil memasukkan picagari ke dalam mulut adik), harith kan doktor. Kemudian, picagari itu diacukan ke badan adik, ala-ala nak suntik adik sambil mulut berbunyi, "are you okay adik, sakit tak?" ketawa saya melihat telatah harith. Kemudian disuntik pula abi, menjerit kesakitan abi sebab harith tekan kuat sangat. Saya mencelah, "kalu harith buat kasar, tak ada lah patient nak datang clinic harith nanti,,haha. Kemudian melihat saya membiarkan tindakannya, dia ambil Pooh, bantal bear, Elmo yang berada atas katil. Dia tanya, "awak sakit apa?"..semua disuntiknya..kemudian dia tanya,"are u okay?"..nak tergelak tengok gelagat harith yang sangat menghiburkan. Adik hasif hanya memerhati abangnya sambil tersenyum.

Semalam baru saya sedar, kita harus mendorong anak-anak untuk memiliki jiwa yang besar...dan cuba untuk mencungkil segala potensi yang ada dalam dirinya. Bukan kagum dengan pilihan kerjaya yg bayangkan, tetapi lebih gembira kerana harith sedang belajar untuk memiliki sebuah impian. Semoga anak-anak menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Itu doa umi untuk anak-anak tersayang.

Kemudian, saya meminta harith menyimpan mainan dan bersedia untuk tidur. Sempat lagi dia hulurkan saya buku Encylopedia kesukaannya untuk dibacanya. Sorry harith, kita sambung malam ini ya. Kesian harith, menangis sebab saya menolak permintaannya. Selepas dipujuk & umi berjanji akan membelikan mainan doktor-doktor,barulah dia bersetuju untuk tidur. Maafkan umi sayang...Apapun, umi nak harith & hasif tahu, umi sayang kamu berdua...kalianlah harga paling berharga bagi yang umi....dunia & akhirat..insyaAllah

2 comments:

  1. Alahai bijaknya abg harith nih.insyaallah..aunty ayu doakan abg harith jadi doktor bila besar nanti.boleh bantu umi dan abi jaga adik hasif nanti.

    ReplyDelete
  2. terima kasih aunty...kami jga doakan yg terbaik tuk aunty sekeluarga...smoga aisya cpat sembuh ;)

    ReplyDelete