Friday, January 7, 2011

Penawar Penat

Ingin saya berkongsi sedikit info yang saya dapat beberapa hari yang lalu melalui tazkirah yang saya dengar. Sementara masih segar di ingatan, baik sy coretkan kat sni untuk dikongsi bersama dan sekaligus peringatan untuk diri saya sendiri sebenarnya.

Seringkali kita merasa kepenatan, keletihan dan kelesuan dalam menguruskan tugas seharian kita terutama kaum wanita. Bagi wanita bekerjaya berstatus ibu pastinya tak akan lari dari rasa letih. Seharian di pejabat bekerja, pulang ke rumah meneruskan tugas sebagai isteri & ibu....memasak, mengemas rumah, melayani kerenah anak-anak.Pendek kata, tugas seorang isteri dan ibu tak akan pernah bernokhtah.

Saidina Fatimah, anakanda Rasullah s.a.w yang merupakan isteri kepada Saidina Ali bin Abu Talib juga tidak terlepas daripada merasa kepenatan. Pernah suatu hari Saidina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti setiap hari untuk suaminya dan dua anak puteranya.

Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu." Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.

Mendengar permintaan putei kesayangannya itu, Rasulullah s.a.w. berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Setelah itu,diamalkan oleh Saidatina Fatimah khalimah-khalimah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w itu. Kemudian beliau bertemu ayahandanya dengan wajah ceria dan memaparkan senyuman memaklumkan bahawa beliau tidak lagi memerlukan pembantu kerana petua yang diberikan oleh Rasullullah s.a.w itu adalah penawar terbaik untuk masalah yang dihadapinya sebelum ini. Saidatina Fatimah mengamalkan zikir-zikir itu secara berterusan dan kerna itu zikir-zikir tersebut turut dikenali sebagai zikir Saidatina Fatimah.

Maka jelaslah, yang merasa penat, letih dan lesu itu bukanlah badan, fikiran dan minda kita. Tetapi semuanya datang daripada hati. Oleh itu dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca: 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali)pada setiap malam sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah kita akan berasa bersemangat kembali.

No comments:

Post a Comment