Tuesday, January 11, 2011

Terlewat temujanji hasif

Semalam, ada appointment Fisioterapi di hospital jam 4 petang. Kebetulan ada sedikit urusan di pejabat membuatkan saya sedikit terlewat untuk menjemput hasif di rumah pengasuh. Jam 4, saya baru sampai di rumah pengasuh, hasif & harith sedang tidur. Terus saya bawa hasif ke kereta, memamdu semula ke kuantan. Tiba di hospital jam 4.20 petang, kami agak lewat. Selepas mendaftar, kami ke bilik latihan. Kebetulan semalam ada pelajar praktikal dr uitm yang turut membantu.

Mula-mula masuk, hasif tertarik kepada kerusi, terus dia berjalan ke arah itu dan duduk, sambil membebel-bebel. Mungkin ingin memberitahu kerusi itu sungguh comel dan di rumah kami tak ada kerusi sebegitu. hahaha. Tergelak jurulatih dan pelatih itu mendengar hasif bersungguh bercerita.  Kami sempat melakukan sedikit aktiviti. Bilamana diarahkan untuk berjalan, hasif membebel-bebel lg...agaknya tak puas duduk dah kena bangun berlatih. hasif, hasif.

Kakak jurulatih bertanya umur hasif, bila dimaklumkan dia cakap dilihat perkembangan fizikal hasif kira ok, sama dengan anak-anak lain seusianya. Alhamdulillah, suka saya dengar. Semalam, hasif memberi respons yang baik..membuat latihan berjalan, cuma hasif tak mahu dipimpin..dia mahu berjalan sendiri. Bajet dah terer sangatla tu berjalan hasif ya..hehe

Melihat respons yang diberikan, mereka memuji-muji hasif. Bila disuruh bersalam, tangan kakak jurulatih & abang pelatih itu ditarik lalu diciumnya. Terus dipeluk hasif. Mungkin geram tengok hasif yang asyik duk senyum-senyum. Konon comel la buat muka camtu..hihi.
Mereka bertanya perkembangan pertuturan hasif mungkin sebab melihat hasif suka bercakap...dan seolah-olah bercerita. Kelakarlah hasif ni. Saya bagitahu la serba sedikit, kami rasa hasif boleh memahami percakapan kami sekeluarga. Kalau disuruh duduk, tidur, ambil susu, hasif boleh mengikut arahan dengan baik. Pernah saya menyuruh abang harith off kan tv, cepat-cepat hasif bangun ke arah tv sambil tangannya mencari-cari butang yang terletak di bawah skrin tv. Semalam juga, sewaktu abang menangis-nangis mau kan botol air hasif, bila abi meminta diberikan kepada abang sedikit, lantas dihulurkan ke mulut abangnya. Mudah-mudahan hasif bertambah pandai. InsyaAllah.

Dari segi sebutan, hasif boleh menyebut 'baba' dengan clear, 'bang rith' (panggilan utk abang yg kadang-kdang dapat dgr), 'nak' time nak minta makanan atau barang. Kalau di rumah pengasuh, boleh panggil 'mama' dan 'abah' dengan terang. Saya turut bertanya, perlukah hasif di refer untuk speech therapy. Menurut jurulatih itu, memandangkan hasif baru nak masuk 2 tahun, mungkin doktor tak referkan lagi sebab anak-anak biasa juga umur 2 tahun baru nak belajar bercakap. Dia cadangkan bercakap dengan menggunkan sukukata yang pendek dan sebut satu persatu untuk membolehkan hasif dapat menangkap perkataan yang disebutkan.

Kesian hasif, belum puas bermain dah kena balik...Takpe,lain kali kita datang lagi. Harap-harap lepas ni umi tak lambat lagi. Sorry hasif ya. Lepas ni umi akan cuba arrange masa baik-baik. Hehe. Lepas menetapkan temujanji seterusnya, kami pulang ke ruman. Menjemput harith di rumah pengasuh. Sampai di depan muka pintu, harith sibuk bertanya saya ke mana dan kenapa dia ditinggakkan. Sorryla harith, bukan umi tak nak bawa, tapi kehadiran harith nnti akan mengganggu proses latihan adik hasif. Nanti lain kali kita ajak abi pergi sama, bolehla harith ikut.

Sampai di rumah, saya sedikit kepenatan dan kelaparan kerna tengaharinya tidak menjamah nasi. Kami tiga beranak makan roti potato dengan air milo sementara menanti kepulangan abi. Sebenarnya umi merancang untuk belanja makan malam tapi memandangkan abi kepenatan, terpaksa membatalkan hasrat. Saya mengadu sedikit kepenatan akibat terkejar-kejar ke hospital tadi. Terus abi menawarkan diri untuk memasak menu makan malam kami tapi saya harus menyiapkan bahan-bahan. Itu tak menjadi masalah, tawaran abi itupun buat saya cukup bersyukur. Kehadiran suami membantu ketika di dapur membuatkan kerja-kerja memasak menjadi mudah dan seronok. Anak-anak kami biarkan bermain di bilik mainan mereka.

Selesai memasak, terasa sedikit kenyang pula. Saya mencadangkan menidurkan hasif dlu sebab dia dah kelihatan amat mengantuk. Kami ke bilik tidur. Abi membuat ulangkaji untuk mengajar esoknya. Saya membelek-belek buku hiasan rumah yang menjadi kegemaran saya sekarang ini yang memaparkan koleksi-koleksi mendekorasi rumah yang menarik. Kedua-dua anak sedang bermain kereta bersama. Lantas, harith mendekati saya bersama buku kegemarannya, 'umi.,harith nak baca pasal mamalia'. Terus saya berbisik, 'ingatkan dah lupa asyik duk main kereta, rupanya ingat,hehe'. Lalu kami membelek-belek sambil membaca sedikit info tentang crocodile, polar bear dll. Saya meminta harith menceritakan kepada abi tentang crocodile. Begini bunyinya,'abi., crocodile tu datang dari telur. Bila telur tu pecah, crocodile tu pun keluarlah'. Bersungguh-sungguh harith bercerita,siap dengan gaya-gaya sekali. Kelakar sungguh, ketawa kami dibuatnya.

Saya meminta harith menutup buku kejap. 'Mari umi nak cerita. Harith ngn adik dengar ya. Pada zaman dahulu, ada seorang wanita ni dia hidup susah. Pada suatu hari, rumahnya dikunjungi dua orang pengembara yang sudah jauh berjalan. Memandangkan wanita tersebut mempunyai hanya 2 keping roti, dia berhasrat untuk menjamu tetamunya itu dengan roti tersebut. Sedang dia bersiap untuk menghidangkan roti tersebut, pintu rumahnya diketuk oleh seorang pengemis yang meminta sedikit makanan memandangkan dia sangat lapar. Wanita tersebut terus ke dapur, mengambil 2 keping roti tersebut lalu diberikan kepada peminta sedekah tadi. Tetamu yang berada di rumahnya agak kecewa kerana mereka berharap untuk makan roti tersebut memandangkan mereka sangat lapar akibat jauh berjalan. Tidak lama kemudian, pintu rumahnya diketuk lagi, datang seorang lelaki membaca sebiji dulang yang bertutup. Dihulukan kepada wanita itu,"ini kepunyaan kamu", lalu wanita itu mengira terdapat 18 keping roti di dalam nya. Dia menjawab,"tidak, ini bukan milik ku." lalu diserahkan kembali dulang tersebut kepada lelaki tadi. Lelaki itu meninggalkannya. Dua tetamu yang berada di rumahnya melihat dengan kehairanan tetapi masih mendiamkan diri. Tiba-tiba pintu rumah wanita terbabit diketuk lagi, dan kali ini juga datang lelaki memberikan dulang kepada wanita itu, "ini milikmu". Wanita itu membuka kain yang menutupi dulang itu dan mengira, 20 keping roti. Lalu menjawab, "ya,ini milikku. Terima kasih". Selepas lelaki itu berllau pergi, kedua orang tetamu itu tidak dapat menahan perasaan ingin tahu mereka lalu bertanya kepada wanita terbabit apakah erti kejadian tadi, kenapa dia menolak roti yang dihantar oleh lelaki yang terdahulu tetapi menerima pemberian lelaki yang datang kemudiannya. Wanita itu menjawab, "sebentar tadi, aku sedekahkan 2 keping roti kepada peminta sedekah tadi. Lelaki yang pertama tadi memberikanku 18 keping roti dan aku menolaknya kerna itu bukan milikku. Lelaki yang kemudian tadi memberikan aku 20 keping roti dan aku mengambilnya kerna itu milik ku oleh sebab Allah berjanji setiap sedekah yang dikeluarkan, Allah gandakan 10. Maka 2 keping yang ku sedekahkan, Allah ganti dengan 20 dan bukan 18." Jadi, harith dan hasif, kita jangan takut untuk bersedekah kerna bila bersedekah, harta kita tak akan berkurang malah Allah tambahkan lagi rezeki kita.

Saya melihat abi, bertanya tentang cerita yang saya hampir lupa. Lalu abi cerita, lebih kurang macam ni la...pada zaman Saidina Ali,  beliau waktu itu ditangannya ada sebiji epal. Sedang beliau ingin memakan epal itu, beliau didatangi oleh seorang peminta sedekah meminta sedikit makanan..lalu diberikan separuh daripada epal yang dimilikinya. Berlalula orang tersebut setelah peroleh makanan. Kemudian, sedang beliau hendak memakan sebahagian lagi dari epalnya, datang pula seorang lagi peminta sedekah yang meminta untuk diberikan makanan, maka Saidina Ali memberikan separuh epal yang dimilikinya kepada peminta sedekah itu. Beliau pulang dengan kelaparan ke rumah. Sampai di rumah, beliau dimaklumkan oleh isterinya, Saidatina Fatimah ada seseorang membawa epal ke rumah mereka. Beliau ke dapur dan melihat ada 9 biji epal maka dipanggil Saidatina Fatimah dan bertanya Saidina Alii ke mana lagi sebiji epal itu? Lalu menjawab Saidatina Fatimah bahawa beliau telah memakannya sebab terlalu lapar. Saidatina Fatimah kehairanan bagaimana Saidina Ali  tahu yang mereka dihadiahkan 10 biji epal sedangkan beliau tiada di rumah pada waktu itu. Maka Saidina Ali menjawab, tadi beliau bersedekah 1 biji epal...maka sesuai dengan janji Allah, beliau yakin sebiji epal yang telah disedekahkannya diganti dengan 10x. MasyaAllah begitu besar sekali ganjaran bersedekah. Dan kita harus yakin dengan janji Allah yang pastinya Allah akan melipat gandakan harta yang kita keluarkan untuk bersedekah. Amalan yang senang tetapi susah bagi yang sering terlupa seperti saya. Sesungguhnya dalam rezeki yang kita perolehi, pasti ada rezeki milik orang lain.


No comments:

Post a Comment